ads02

Sunday, September 8, 2019

K-Fry with Alia dan Sofea

Hi guys,

Story kali ni aku nak story pergi jalan-jalan dan makan k-fry bersama anak buah aku iaitu
Alia dan Sofea. Tapi sebelum memulakan langkah penceritaan, aku nak story dulu
pada mereka berdua ni. Cerita jalan2 ni termasuk sekali ngan diorg ni jugak. So takde entry ni pasal Alia dan Sofea. hihihihi


Siapakah gerangan bagi mereka berdua ni. Ahahahahah... gelak dulu sebelum memulakan penceritaan. Aku tak tahu mcm mana nak start. Aku start dulu dengan lelaki baju putih ni dulu. Lelaki t-shirt putih tu adalah abang ipar aku yang sulung...Masya'Allah dia punya perangai hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu. Aku tak tahu macam mana dia ni boleh dianugerahkan menjadi Isteri kepada akak aku... Orang dia punyala ohsem, baik takyah cakapla...boleh dikatakan 100juta peratus punya baik, suka buat kebajikkan tak kesah pada keluarga mahupun masyarakat. Aku bertuah memiliki seorang abg ipar yang baik sesgt...aku tak tahu dia ni dtg dari negara mana atau planet mana pun.. tapi tula. 

Tanpa abg ipar aku ni, tak menyinar segala aktiviti dan kebajikan dalam keluarga aku. Terima kasih banyak-banyak kerana buat kitaorg happy apabila berkumpul bersama. Tanpa dia..jangan harapla nak ada aktiviti join larian (Fun Run atau Thril Run), Aktiviti memanjat gunung, aktiviti berbasikal, Aktiviti mandi jeram, aktiviti menaiki tram keliling kampung, Melawat teratak zaba dan sebangainya. Dia pun seorang ayah yang baik.. Dulu kalau kami balik kg jer...lepas tenghari masing2 terbongkang atas laman rumah...hahahahahaha....😂😂😂😂😂

Akak dan Ipar aku bercinta sejak zaman diorg sekolah lagi... Aku ingat lagi, masa mula-mula abg ipar aku bertandang ke rumah aku kat Jalan Ipoh. Lepas jer abg ipar aku balik... Bapak terjerit-jerit mcm kene rasuk dek pontianak..dah kenapa.. org lain bercinta ngan aku2 kene marah.. hahahahaa..

Akak aku ni dulu rajin menulis diari... masa diorg ni nak kawin, akula yang tukang bakar diari akak aku. Adalah dalam berbelas buku diari aku bakar. Tapi atas permintaan akak akula. Zaman dulu mana ada blog2 ni..semua tulis pakai diari. Sebelum kene bakar..aku sempat baca skit. Hahahaha... Jgn Marah ya. Aku share rahsia diari akak aku sini sket... apa yang dia tulis mmg betul menjadi kenyataan dan jalan cerita kehidupan akak aku sama cam diari yang dia tulis. Hebat..!!!... tu jela. Lebih2 tu takyahla..nak termuntah bahasa yang digunakan...kahkahkahkahkah...
 ðŸ˜…😅😅😆😆😆😂😂😂😂 Kalah bahasa seorang sasterawan negara... Kalah lagi bahasa penulis novel Lagenda budak setan..hahahahah

Ni Pic abag ipar aku dengan Anak yatim..picture ni diambil 2 minggu sebelum nak 
menyambut Hari Raya Aidilfitri.




Ni kalau tahu dek yaya..mau mencengeng jadinya...hahahahahaha.. 😂😂😂😂😂😂

Skrg aku nak story pasal akak aku... hahahaha. Akak aku ni boleh dikatakan seorg PRINCES. Ni bukan ibarat Princes yang mati mak ayah lepas tu datang nenek kebayan jadikan Princes. Ni Princes yang lahir terus jadi Princes. Hahahahaha Dia ni lain mcm skit beb. Diorg ni duduk kat Seremban 2.. akan aku keje gomen area seremban dan abg ipar aku keje banker kat area KL. Ulang-alik dari Seremban ke KL Setiap hari, takpe pemandu bas seremban tu dah macam kenalan lama dia. hahahahaah...

Korang bayangkan la...dalam sebulan setiap minggu akak aku akan turun KL semata-mata nak pegi IKEA. Abg ipar yang mabeles dan ohsem ni tak pernah merungut sekali pun. Cakap jer akak aku ni nak pergi mana...abang ipar aku ni akan bawak jer. Jalan KL yang jem mcm semut pun dirog akan masuk. hahahaha...aku yg duduk kl pun tak pegi IKEA setiap minggu....hahahahaha. Kalau seminggu sebelum Hari raya Puasa akak aku akan turun KL. Sogo adalah tempat faveretnya... Sogo tu selagi tak tutup akak aku takkan balik. Tapi mmg betul...hahahahaha.. tak caya bolehla ikut akak aku pg shopping..

Tu baru pergi shooping...kalau balik kg, mcm nak balik dari kg ke seremban...orang lain sibuk2 mengemas. Akak aku dah masuk dalam kereta terus. So abg ipar aku yg naik rumah...kumpulkan segala baju, tuala, spender anak2 yang tertinggal pg kutip masuk dalam beg. Huishhh... gila baik beb.

Akak aku kalau kat rumah dia..dia ni suka membebel mcm mak aku...hahahaha..aku rasa ikut perangai mak aku. Tapi mak aku ikut perangai arwah uwan aku dulu...hahahaha. 

" MEMBAHAGIAKAN ISTERI, REZEKI SUAMI MENGALIR TANPA HENTI"

Apapun aku doakan akak dan Abg Ipar aku
 dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Semoga kedua-dua mereka till jannah...hhihihih..

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Masa cuti Raya Haji itu hari, budak dua orang ni ajak aku pergi makan K-Fry, aku ok jer.
Diorg dua orang ni anak abg aku yang sulung duduk kat Bandar tasik Puteri, Rawang.

Alia dan Sofea, dua-dua peminat citer korea... ntah apa yang hensem kat orang korea 
tak tahula. Nak makan ayam cheese gulung katanya. So aku buat booking seminggu sebelum nak pegi. Kitaorang makan kat outlet KLCC. So masa order tu dah plan nak makan ayam cheese gulung, Mee seafood Kimci, nasi bola-bola dan Bingso Mangga. Sampai jer makanan..diorg tak bagi aku makan..katanya nak ambik pic letak dalam insta story.. hahahaha. Alhamdulillah rezeki kali ni bukan aku belanja... Paksu Shakir yang belanja..hahaha selamat duit aku... hahahaha. Semoga Paksu shakir dimurahkan rezeki selalu...

K-Fry sekarang dah boleh buat booking melalui online; 

Check sini: https://kfry.my/book-a-table/

K Fry Urban Korean @ Suria KLCC

Address: Persiaran KLCC, Kuala Lumpur City Centre, 
50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 

Operationg Hours: Monday (11.00AM)
                             Sunday (10.00PM)

Phone: 03-2780 0148

 


Semangat nak makan K-Fry, pukul 10.00AM pagi dah sampai. So far kami berempat jela.
Aku tak pasti apsal abg aku tak bawak sekali Afiq dan Lala. Next time bawak diorg plak. Insyallah kalau Uncle ada rezeki lebih. K-fry bukak pukul 11.00AM, kami lepak kat Texas Chicken depan k-fry klcc...

Plan sebenar-benarnya nak bawak Alia, Sofea, Lala, Afiq, Yaya dan Bella. Tapi yaya dan bella
tak jadi plak... akak aku hantar bideo ni kat aku..

Yaya nangis plak... Ayyyoooooo... Next time uncle bawak yaya plak..
 

Wife aku order ni masa kat K-Fry... Nama makanan dalam korea adala 'HAEMUL PAJEON'
Nama nak gah jer. harga dahla RM24.90.... bagi aku ni lempeng je sebenarnya. Tapi takyahla order.. penuh dengan daun kuchai. tergelak-gelak wife aku makan... Korang balik rumah buat lempeng mcm ni, pastu letak daun kuchai sebanyak lima gengam.. pastu try la makan...hahahahahaha
Tengah sedap-sedap makan, abg ipar call kata nak ajak lepak. So kitaorg plan jumpa kat Pavilion lepas habis makan kat Kfry.

Wife aku ngan anak buah aku dah sama besar dan tinggi..hahahahaa

Dari KLCC ke Pavilion kami plan berjalan kaki jer..dengar mcm jauh. tapi disebabkan ada Tunnel yang selesa bermula dari Pintu Akuaria KLCC dan last ke Pintu Pavilion. Senang akses wei... mula tu aku pun tak tahu. Aku tahu masa aku dari Pavilion nak balik ke rumah...grab susah that time, aku plak nak terberak waktu tu. So guard pavilion bagitahu aku lalu tunnel ni terus ke KLCC. Alhamdulillah...perjalanan cuma ambil masa 10 minit jer...

Aku cerita skit pasal tunnel ni. Tunnel ni dbuka pada Januari 2012 oleh Perdana Menteri Malaysia, waktu tu adalah Datuk Seri Najib Tun Razak. 100juta Ringgit Malaysia digunakan untuk menyiapkan walk way antara klcc ke bukit bintang. Kemudahan yang selesa, sepanjang tunnel ber aircond. Sejuk sepanjang jalan. Terima Kasih Datuk Seri Najib...

Bukit Bintang - KLCC Pedistrian Walkway

Opening Hours: Daily 6.00AM - 11.00PM
 

Sampai jer pavilion...Paksu Shakir belanja starbuck buat Alia...lepak jap sementara 
tunggu Abg ipar and family sampai.

 Lepas lepak starbuck Paksu Shakir belanja sofea kat Tea Live Pavilion. Lagi sekali 
Selamat duit aku...hahahahaha

Tea Live Pavilion dan outlet diorg yang lain-lain mmg berbeza beb. Tea Live Pavilion sedap lain mcm..kata Paksu Shakir setiap outlet kat Pavilion ni perlu jaga kualiti. Yala tempat orang kaya2.


lepas sejam lebih menunggu diorg sampai Pavilion akhirnya. Kitaorg lepak kat Food Court pavilion..., kat situ kitaorg mkn Chun Corn Dog Mozarella Cheese.

Si ayah bersama dengan Arah...

 Yaya dan arah...


Lepas lepak kat food court.. paksu Shakir ajak lepak dan nak belanja makan dip and dip. 
Sian kat yaya tadi tak dapat follow kitaorg mkn kat K-fry.

Baju Biru tu la Paksu Shakir, adik aku paling bongsu... Masih Single dan belum ada yang berpunya.
Bolehla contact aku. hahahahaha... penat dah kami rekemen.

 Tgh menunggu makanan sampai...





Nila yang kami dapat sambar... faveret akak aku ni. Coklat dan Aiskrim pantang diajak...hahahaha

Video masa kat dip and dip Pavilion KLCC

Alhamdulillah... lagi dan lagi sekali, Paksu Shakir telah setelkan bilnya. Lagi dan berkali selamat duit aku.  Ya Allah semoga dumurah rezeki hendaknya. Bertuah dan siapakah gadis yang dapat mencuri hati adik aku yang bongsu ni.

Dip n Dip Chocolate Café Pavilion KL

Address: Pavilion Kuala Lumpur, 1668, Jalan Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Operationg Hours: Monday (10.00AM)
                                Sunday (12.00PM)

Phone: 03-2110 3352


 Ni aku dan yaya, Next ada rezeki lebih uncle bawak yaya sorg jer....

Masa ni otw nak balik rumah dari Pavilion. Kami yang berlima dari klcc tadi menumpang kereta abg ipar.. Kereta abg ipar dahla avansa..masuk lagi anak2 diorg. 12 orang beb. berhimpit-himpit kami. hahahaha... aku ok lagi... badan ala-ala Remy ishak dan Zul  Arifin takdela sendat sgt...hahahaha...

Abg ipar yang baik sesgt...terima kasih kerana bagi kitaorg tumpang. hahhaahah

tak lupa pada paksu Shakir.. hahahahahaa

Okla..cuti 3 hari tak tahu nak buat apa...setel tulis blog..sambung Next Entry....


 
 






Thursday, September 5, 2019

Hari Raya Aidiladha

Hi Guys,

Lama dah tak menaip blog ni, terlalu banyak kejadian berlaku dalam bulan Ogos 2019... Alhamdulillah dapat setel dengan cepat... tak sangka secepat ini. bagi aku setiap yang berlaku mesti redha dengan ketentuan Allah S.W.T.

Entry kali ni..aku nak story pada Hari Raya Aidiladha. Tahun ni (2019) semua berkumpul di Bahau Negeri Sembilan. Nampakla muka mak aku happy..semua balik Bahau, siap pasang khemah lagi. Yala setiap kali Raya Aidilfitri atau Aidiladha..mak aku akan plan nak masak apa, khemah nak pasang kat mana, meja berapa ... kalau semua nak buat dalam rumah kg mmg sempitla... tu yang pasang khemah. Setiap aktiviti nak buat boleh lepak bawah khemah jer...Makan pagi, makan tenghari, minum petang dan makan makan malam semua bawah khemah. Orang luar kalau bertandang dtg rumah kampung kami..terus duduk bawah khemah... 


Ni Surau kat kampung aku, Nama kampung aku bukit kelulut Kg Sialang Bahau Negeri Sembilan. Raya Aidiladha ni bagi aku adalah Perayaan siapa yang naik haji jer. So takdela nak meriah sangat berbaju melayu lengkap dengan sampin. Tapi Sembahyang Raya dilaksanakan seperti biasa. Time ni kami sampai awal kat surau... lewat skit semayang raya masa tu.

Tahun 2019, takde plan nak korban Lembu atau kambing. Tapi aku dan adik beradik lain.. plan nak sembelih Kambing nak buat bakar. Tapi bila tgk kambing tu...alahai kalau bakar ni mana cukup... Kambing tu kecik jer... Video kat bawah;-


Kambing ni kami beli kat Ketua Kampung ... masa bawak keluar kambing ni dari kandangnya.. kambing2 yang lain memanggil-manggil kawan dia. Sayu ja... kambing ni meronta minta dilepaskan. Hurmmm...

 Masa ni tgh dok melapah kambing tadi, jadikan bahagian yang kecil2. tak jadi bakar..so plan buat kari kambing. Best.. makan kambing kecik ni..daging lembut dan takde plak rasa sakit kepala. beza kalau makan kambing golek kat hotel2 time buka puasa...apa bezanya ek...???


Cuti raya hari dapatla 3 hari, okla tu. Ni geng mak jemah..tapi tersesat sorg lelaki ni. hahahaha... Budak lelaki ni nama dia Rayyan, kazen aku punya anak...suka sangat lepak ngan geng-geng mak jemah ni..


Masa ni tgh prepare nak minum ptg...akak aku tgh goreng cempedak. Dah macam ada kenduri plak. Sebenarnya takde kenduri pun. Mak aku taknak sepah-sepah dalam rumah..


Time ni adalah aktiviti yang aku suruh anak buah aku yang lelaki untuk hidupkan api sbb nak bakar perut Kambing. Yang lelaki ni semua involve dengan Kadet Remaja sekolah. So tak guna menang kawad kaki wakil sekolah pastu ada yang join camping dengan International Kadet remaja tapi tak boleh hidupkan api. Alhamdulillah...budak2 lelaki ni boleh disuruh... At least ada la aktiviti bila berada di kampung. Takdela balik kampung mengadap main Pub G.


Aku plak, dok jadi pemerhati ja...so aku lepak ngan geng mak jemah...hahahahaha


 
Teruja betul geng-geng mak jemah ni. Untuk pengetahuan korang, kat kampung aku ni line phone agak susah... data plan dari telco provider mana sekali pun korg guna..jangan harapla nak akses Internet. Kalau dapat akses tu kira nasibla... tapi lepas 10 minit hilang dah 4G tu. hahahaha... bila budak2 ni tak tahu nak buat apa...nila aktiviti diorg..


Lain-lain aktiviti.. macam biasa aku pergi sewa tram.. takyahla aku citer pasal tram ni. Nak tahu detail boleh KLIK sini. Masa ni aku sewa sbb abang aku belum pernah menaiki tram untuk keliling kampung kami. Tgk video ni bapak teruja katanya... hahahahaha - Kampung ko ada..hahahahaa


Masa ni aku sewa 2 tram.. Dua2 yang aku sewa ni pun ada yang tak dapat naik. hahahaha...aku mesti mengutamakan geng-geng mak jemah..sebab diorg yang buat bayaran terlebih dahulu. So dalam citer aku aku la kepala Organize aktiviti ni. Mampuih aku kalau tak bagi service yang terbaik pada geng-geng mak jemah... Raya tahun depan dok mengungkit lagi..hahahahaha

Nampak tak..dari kiri 3 orang tu aku kene berjaga-jaga. Diorg dah cop tempat nak duduk belakang. Tapi yang pelik si Rayyan mecelah kat tengah-tengah.. Ayyyoooooo...!!! 😂😂😂


Tadi aku cakap... akula kepala yang organize aktiviti menaiki tram. Tgh sedap-sedap pusing Kg taling.. baru nak ke area sawah padi. Dua2 tram keluar serentak.. tapi salah satu tram kami breakdown. Aduuhhh.... tram yang breakdown tu adalah tram dari geng mak jemah. Mampuih aku... kene bebel jap lagi nii...

So tersadaila kami di sebelah tram ni...huhuhhu... Tgk ni ni geng mak jemah dah membebel kat aku..


 So aku just layan kan jer... ini la yang dikatakan "Customer Is Always Right.." hahahahaha...


Sebagai kepala organizer untuk acktiviti ni..aku kene pastikan semua orang turun dengan keadaan yang selamat. Dengar dari pemandu tram tu kata..ada bunyi letupan..hahahaha...


Untuk tidak mengecewakan aktiviti ni. Aktivi tersebut perlu dilaksanakan juga. Yang keciwa hanya 1 trem sahaja boleh guna. So satu kumpulan tadi terpaksa dihantar balik dulu. Kiranya kami ni 1st trip la. 2nd trip akan menyusul lepas trip kami habis round kampung...


Tgk muka mak jemah sorang2 ni.. muka mmg tak puas hati... Tapi masih bersabar tunggu trem yang ok antar group tadi balik. Hahahahaha... sabar yer...!!! Kalau ikut SLA ni mmg kena aku penalti...hhahahahaha


Bagus jugak tersadai kat tepi ni... boleh duduk berduaan di tepi rumah orang... ahhahahaa 😂😂😂. Ni abang aku yang sulung...dahla 1st time baru nak naik trem.. ni jadinya..hahahaha

Ni abang aku yang kedua sulung... Ntah apa yang dok dicerita. Tgh bagitahu direction kg ni kot. Akak ipar aku orang kelantan..tgh syok mendegar la tu... hahahahaha


Gambar berdua plak....


Sian kak cik..sorg2 jer bergambar... hahahahaha


So kami pun sempat bergambar bersama-sama... rayyan dah bagi warning kat aku..

 At least diorg merasa jugak duduk atas jalan kampung ni... hahahahaha

Alhamdulillah..trem kami selamat sampai dan pickup kitaorg yang tersadai tadi.... 


Perkara boleh bincang...hahahahahaahahaha 


Bergambar depan rumah Waris Jari hantu....


Geng mak jemah 3 orang ni..muka ada senyum. Dalam trem aku masih kene bebel... so dengarkan jela bebel tu. 


Selamat sampai tepi sawah.... muka happy... geng mak jemah yang belakang tu masih tak puas hati lagi... 



Temubual dengan geng-geng yang tersadai tadi.....


habis aku blok semua orang...hahahahaa


Lepas aku dikeluarkan... Nampak tak sapa paling happy...hahahahahah


OK.. Rayyan kata nak bergambar sorg2. Katanya nak upload dalam Insta Story Oookkkkaaayyyyy.....!!!!



Si rayyan menari makyong... hahahahahaha...

Nampakla happy jugak...hahahahahaha


Group ke-2 dan tip ke dua yang mana telah balik dulu tadi...

=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=

Gambar dibawah untuk 2nd group.....












Lihatla keindahan Sawah padi... masa ni kat kampung Lonek...




Video keindahan sawah padi masa naik trem... cantik kan...



Tengah round2 kampung... jumpa kak bong plak.. kak bong ni adalah mak saudara aku. Dia mmg tinggal berdekatan dengan rumah kampung kami.

Habisla cerita round round kampung naik tram... mana yang rasa tak puas round... diorg pergi naik basikal. Basikal ni mmg diorg bawak sendiri dari KL. Petang-petang boleh berbasikal..




Dari rumah kg mak aku..dalam 5 minit jer berbasikal... orang bandar bila jumpa sawah...hahahaha

Ni aku nak cerita... dalam ramai-ramai anak buah aku. Hanya 5 orang jer lelaki. Farhan, Amir, Amru, Ijud dan Afiq. aku pun tak perasan selama ni. Setiap kali ballik kampung dan berkumpul mesti aku bawak yang perempuan keluar jalan-jalan kat pekan. So.. aku dah bagitahu kat diorg... lepas ni aku akan memperkasakan LELAKI Sahaja.... ahahahahahaha...


So malam tu aku bawak pergi pekan bahau. Dari kampung aku ke pekan bahau kalau naik kereta dalam 10 minit ja.. Ni kat 7-Eleven..aku bagitahu RM50 jer aku belanja... so malam tu kira diorg outing la... 


So ni bergambar depan Old Town Coffee.. diorg ajak tgk boboi...  so kalau tgk wayang tak tahu habis kol baper...bergambar jela dengan ni. Next time kita p tgk wayang...

Last sekali..aku belanja diorg makan dan minum kat Old Town... nampakla happy skit..

Done story untuk Hari Raya Aidiladha... jam menunjukkan pukul 3.10AM. tido dulu.. pukul 10.00am nak p keje plak..... Sambung next entry... Cau...