ads02

Monday, June 17, 2019

Casuarina Meru Ipoh Hotel

Entry kali ni, aku nak share skit pasal Hotel Casuarina. Hotel ni terletak di meru Ipoh. Setiap kali aku bertandang ke ipoh atas urusan kerja atau personal. Aku akan menginap kat hotel ni. Apa yang best kat hotel ni. Hotel ni berhampiran dengan bulatan meru, setiap malam akan ada aktiviti di bulatan tu. Macam kat masjid Putrajaya. Lgpun hotel ni dekat dengan mcd, KFC, mydin, dan deretan kedai makan. Kalau jalan kaki mungkin penat skitla. Kalau naik kenderaan dalam 2 atau 3 minit jer. Satu lagi akses yg memudahkan anda disini ia berhampiran dengan MAPS (Movie Animation Park Studio). Tapi aku dgr Kerajaan Negeri Perak telah hentikan kontrak dreamworks. So harga tiket dia pun dah murah skrg kalau sebelum adanya dreamworks harga tiket dlm RM150. So dgn takdenya dreamworks jadi RM50.

Hotel ni selesa, tak perlu rasa was was kalau nak makan kat hotel ni. Sbb hotel ni 100% halal tidak sediakan arak atau wine langsung. Lagipun hotel ni under Perbadanan Kemajuan Negeri Perak. Bilik tip top bersih dan wangi, peralatan mandian turut disediakan seperti tuala, ubat gigi, berus gigi, shampoo, losyen dan sabun. Wifi turun disediakan, tapi wifi kat hotel ni lain macam lajunya.
Hotel ni takde kolam renang, biasa family kalau pg bercuti mesti nak cari swiming pool supaya anak2 boleh berendam 😜☺️.

Kadang2 aku ada Meeting kat area bandar Ipoh. Discussion habis dalam paling lewat pukul 3.00am. Selalu aku tak drive aku ambik grab jer. Grab bersepah kot mcm kl. Grab pun murah jer dari hotel ke bandar Ipoh dalam RM15. Okla kan... hotel ni yg best selepas pukul 12.00am hotel ni akan pasangkan org mengaji al-Quran, bacaan yasin dan sbgnya tenang jer masuk hotel ni.

Tadi aku ada berborak dgn bro grab ni. Dia tanya aku best ke menginap kat hotel casuarina ni. Aku pun story tak hentila sampai citer pasal org mengaji lepas kol 12.00am. Pastu bro grab tu btau aku, kang kalau aku citer kat ko pasal hotel casuarina mau mlm ni ko balik kl. Erkkk..🤔🤔🤫🤫😷😷
Tapi aku tau asal usul tempat hotel ni sebelum hotel casuarina ni ada lagi. Dulu sini kawasan hutan, kawan jom bertandang. Segala atuk nenek mak bapak tahap dewa hantu ada kat sini. Tapi aku dgr, diorg dah pindahkan semua jin hantu ke kawasan lain. Lepas bro grab btau camtu, setiap malam aku pasang semua lampu pastu bukak channel oasis. Channel oasis kan kekadang ada bacaan al-Quran dari Mekah.. 😂😂😂☺️☺️. Tapi semenjak aku menginap kat hotel ni, so far takde paper.. ok ja. Aku tak tahula kalau org lain kan.

Kalau hotel ni tak ramai org, kekadang pihak hotel ada bagi aku bilik suite tapi harga sama. Dulu diorg bagi aku ambik jer. Sejak bro grab punya cerita aku tolak pemberian hotel 😂😂😂. Buat apa bilik besarkan kalau aku sorg ja. Dulu aku ambik bilik mengadap hutan. Skrg aku amik yg Smoking room. Smoking room hanyala yg mengadap bulatan meru 😂😂.

Skrg citer pasal makanan plak, breakfast hotel ni mmg tiptop best, lunch pun best. Chef hotel ni ada yg datang dari kl. Tapi cuma dinner dia spoil skit bagi aku, harga dahla mahal. Tapi dinner biasa2 jer. Kalau korg rajin better makan kat luar. Kalau sorg2 mkn jela kat hotel ni.

Untuk rate hotel kali ni:-
Room - 10/10
Breakfast - 10/10
Lunch - 7/10
Dinner - 3/10






No comments:

Post a Comment