ads02

Sunday, June 23, 2019

Movie Animation Park Studi (MAPS), Ipoh Perak

Hi Guys,





Entry kali ni aku nak citer pasal MAPS (Movie Animation Park Studio) di Ipoh Perak bagi tahun 2019. MAPS ini dibukan pada tahun 2017, harga tiket mula-mula dijual adalah pada harga RM150. Mahal kan, tapi sejak MAPS hentikan kontrak dengan DreamWorks Animation. aku pun tak tahu sebab apa, kadar orang yang melawat MAPS ini betul-betul menjunam. Mana taknya tempat ni dulu dah macam Universal Studio lepas tu boleh jadi macam fun fair biasa jer.

Sekarang 2019, sapa-sapa nak masuk MAPS ni cuma free entry sahaja. Tapi makanan luar tidak dibenarkan bawak, Free entry, bila nak masuk atau main permainan kat dalam kena bayar. Okla camtu. Kebanyakkan permainan kat dalam ada yang ok ada plak yang rosak dan tunggu maintenance datang perbetulkan. Aku harap lepas ni kerajaan Negeri Perak buatla sesuatu dengan MAPS ini, sayang keadaan tak terurus sangat. Tempat ni bagus kalau dimajukan dengan betul.


Free Entry,

Tips: Kalau pergi siang, better korang bawak payung dan topi.. keadaan sana kurang berbumbung. Kalau pergi malam korang boleh santai jer.


Ok, ni price untuk masuk dan main permainan yang ada kat dalam MAPS. 1 kupon RM3. Ada yang perlukan 3 kupon ada yang 5 kupon. Bagi aku takdela mahal sangat kadar permainan dekat MAPS ni.

Kami time ni masuk pukul 9.30PM. MAPS tutup pukul 11.30PM. dalam masa sejam habis semua tempat kami jelajah. Masa masuk MAPS ni, kami amatla teruja, Next time kami plan nak pergi lagi sekali...







Ni Game dark ride, memerlukan 3 kupon = RM9. Okla, tapi ada station yang rosak. sepatutnya diorg bagi diskaun. yang mana station yang rosak ride mcm nothing.

Untuk permainan ini, cuma kanak-kanak sahaja dibenarkan masuk. Selain tu tidak hanya dibenarkan lihat diluar sahaja.

Basikal bermoto ni aku sewa RM15 untuk 15 minit. So korang boleh rent dan pusing satu MAPS sahaja. Luar MAPS tidak dibenarkan. hihihihihihi..







Rate keseluruhan MAPS bagi tahun 2019:-

Bayaran masuk : PERCUMA
Games: 5/10 (sebab ada yang dah rosak)






2 comments: