ads02

Saturday, June 29, 2019

Avengers: Marvel Exhibition In Pavillion Kuala Lumpur 2019


Hi Guys,

Entry aku kali ini mengenai "Avengers: Marvel Exhibition In Pavillion Kuala Lumpur ". Disebabkan exhibition inila aku pergi Pavillion. Seingat aku dah lebih 7 tahun aku tak jejakan ki ke Pavillion. Pavillion ni bukan tempat aku. Pavillion ni tempat-tempat orang kaya, orang yang acah-acah kaya, tenpat melepak budak-budak hipster. So aku rasa tak layak sangat nak kesana. Aku datang hari ni kat Pavillion ada 2 sebab, first sebab aku minat dengan Avengers, Ke-dua sebab aku nak cari board games.


Sampai tadi aku terus bergambar dengan Replika Iron Man...

Bagi siapa yang nak masuk exhibition ni. Firstly, jangan lupa bawak mykad sbb dengan mykad boleh dapat diskaun. yang takde mykad kena bayar harga normal.


Harga boleh tahan mahal gak, masa aku sampai tadi dalam pukul 1.30PM takdela ramai sgt. Masa nak beratur masuk, orang dah start ramai. Harga kat screen kalau ada mykad RM48. Tadi aku beli dapat RM41 per adult.


Masa nak beli tiket, tunjuk mykad...masa nak bayar kalau anda pemegang kad bank Maybank atau kredit card maybank boleh dapat 15% diskaun lagi. okla murah skit jaa.






Muka excited bila berjaya memperolehi tiket.... 

=
 =
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=


Kisahnya bermula disini, sesiapa yang ada nak niat masuk ke exhibition ni better batalkan jer niat. tak berbaloi bayar mahal-mahal tapi korang rasa cam tak puas hati. Kat dalam tu bukannya real semata-mata, semuanya replika plastik. maksud aku bukan replika original semasa pengambaran avengers. Mula tu memangla rasa excited tapi cepat sangat dia punya tour, nak bergambar tu aku rasa mcam tak sempat. Crew yang guide tour tu pun asyik nak cepat jer. huh.... 


Semasa tour marvel ni, bukan semua Avengers ada yang ada cuma Iron Man, Thor, Dr. Strange yang tak real, Captain Marvel hidup segan mati tak mau - Muka pun takde ibarat korg pg shopping baju, tapi patung yang takde muka , Black Panther, Captain America, Antman, Thanos yang tak real. Huh...


Ni sebelum nak beli tiket, punyala excited.. Picture ni full sebenarnya, sbb kan orang ramai dapat ambik part ni jer. Berpuluh actors Marvel dalam picture ni. Aku ingat adala dalam tour tu.. tapi..huh..

 

Sebelum masuk excited ambil video dan picture, kalau boleh setiap sudut atau lubang-lubang semut nak ambik.


 Video ni diambil masa mula-mula depan pintu masuk tour. Every trip tour hanya 20 orang sahaja dibenarkan masuk. Sebab kalau ramai-ramai masuk sekali gus takut ada incident.



Sampai pintu ni, setiap orang akan scan bar code yang terdapat kat tiket, tujuannya nanti lepas habis tour akan dapat kad pass marvel. Kad ni tak perlu bayar lepas habis tour. Ni dianggap complimentary dari Marvel Exhibition.


 Cun gak sebenarnya...hihhihihihi

Bermula explaination yang pertama yang tour ni.....

Sampai kat sini, semua cerita pasal marvel. Aku rasa dia ni head crew kot. Dia kata every item kat dalam semua actual costume. huh... tapi bila dah habis tour korang boleh nilaikan sendirila...

Firstly, tour adalah Stark's Workshop... Everyone boleh bergambar dan bervideo dan sebaginya.. berebut-rebut nak bergambar. untuk permulaan ni ok lagi diorg bagi peluang sebab masing-masing muka excited terlebih.








Hanyala pancaran projector, then iron man boleh bertukar-tukar kaler...biasa jer...


Sampai part ni, aku jadi bosan dan tak excited langsung. Kalau mcm ni punya display..baik aku pergi Muzium toys yang ada kat Penang dan Melaka. bayaran pun murah..lagi real... Show murahan ke apa ni. Please la baik buat show kat chow kit jer, tak layak buat kat Pavillion....

Second, adalah Captain Amerika...


Crew ni kata item ni yang digunakan dalam Avengers...

 Kedua-dua peralatan tu plastik jer... patutnya letak la yang real...hurmmm..


Hellicarrier dalam Marvel...

Yang ketiga adalah Thor.. bawah aku share picture jer, sbb takde mood nak ambik video. Crew tour ni asyik nak cepat jer...Masuk bayat kot..keje nak cepat habis.


THOR anak Odin, kelakar dowh bila berbahasa Melayu ni. Hahahahaha... Kalau berbin anak ni mesti thor asal Sibu Sarawak (done claim org sarawak). Hahahahaha ---- Ok aku betulkan balik. THOR Son of Odin kebolehan yang hebat sebagai tuhan yang melindungi asgard dan bumi. :)


Senjata yang digunakan dalam movie Marvel Thor 2011, Thor The Dark World 2013, Thor Rangnarok 2017, The Avengers 2012, Avengers: Age Of Ultron 2015


Senjata yang digunakan dalam movie Marvel Avengers: Infinity Wars.. lepas tu dalam End Games dapat balik dia punya senjata Mjolnir.


Ni plak weapon Loki... 



 THOR Bitfrost.... Nice la bagi aku...


Seterusnya adalah Ant Man, ada 2 jer diorg tunjuk. kat bawah ni...huhuhuhhu. Movie Marvel ni aku suka bila watak Ant Man boleh jadi giant dan jadi sekecil serangga. Yang paling best part Hank Pym, power giler bukan sahaja boleh cipta baju Ant Man, segalanya pun boleh dari bangunan ke kereta.




Seterusnya part Dr. Strange... Cakap lagi. Sepatutnya crew cuma iring sahaja dan pastikan keadaan semua terkawal dan tiada incident berlaku. Tak payah nak explain sgt.. sbb semua yang masuk tour ni dah tahu apa yang ada. Hurmm... lepas tu nak move cepat-cepat.. nak baca pun tak sempat... huh..!!!

 


 Ni kostum Dr. Strange, real jugakla dari yang lain-lain tadi...

 Kitab Suci Dr. Strange..


 Eye Of Agamoto.. kalung yang ada pada Dr. Strange..



Part ni tak boleh blah langsung, aku orang terakhir. Crew diorg ni nak cepat move dan cepat habis. lepas tu kata game to broken. Phhhuiiii... mana taknya kalau seorang start main mau ambik masa 20minit.... tak puas hati langsung dengan Marvel Malaysia.



THANOS, sekali petik separuh penduduk bumi akan hilang. Double Sided Sword thanos ni power gak.. boleh pecah shield Captain Amerika.





Both video kat atas ni, takdela best sangat. Dulu masa mula-mula captain marvel ditayangkan kat One Utama, GSC ada letak Game mcm ni gak. tapi free..sesapa boleh try.


Starlords Blaster yang digunapakai oleh Quill dalam Movie Marvel Guardians Of Galaxy.


Gamora Swords dalam Movie Marvel Guardians Of Galaxy.



Captain Marvel, crew tu kata kostum dia yang actual. Aku tgk biasa jer...takde yang menarik langsung


Black Panther...


Then habis tour yang selama 45 Minit...

Rate Kesuruhan tour ni:-
Bayaran Masuk: 4/10
Costume Marvel: 4/10
Staff Crew: 9/10 - Friendly
Location: 8/10 - Level 10

No comments:

Post a Comment