ads02

Thursday, August 15, 2019

Yaya & Lala


Hi Guys,

Siapa Yaya dan Siapa Lala ni, sebnarnya dua-dua ni anak buah aku. Yaya anak kakak aku dan Lala anak abang aku. Aku ada 16 orang anak buah. Kalau korg nak tahu hanya 5 orang sahaja lelaki. Entry kali ni aku nak cerita pasal Yaya dan Lala ni, sebab diorg dua ni rapat skit ngan aku. aku plak rajin melayan karenah diorg ni ✌. Antara Yaya dan Lala.. yaya lah yang paling kuat menangis, cepat sentap, cepat tersentuh dan cepat koyak.. erti kata lain dia ni cengengla..hahahahaha. Tahu dek yaya aku buat blog ni mau menangis sampai raya puasa tahun depan. 😅😅😅. Lala ni banyak kali gak aku try sakat nak buat dia nangis..tapi hati dia mcm kental skit. Mungkin dia ni dah matang dulu dari yaya. Diorg berdua ni sebenarnya "Best Friend" cuma ada sorg lagi anak buah perempuan abg aku nama dia Ainin tapi takde dalam entry ni. Kalau ikutkan dalam family aku, kitaorg panggil diorg bertiga ni "Mak jemah" sbb apa...sbb pot pet pot pet jer kejenya, membawang no1 lepas tu bila berborak suka membisik.. 😂😂😂. Sebelum aku cerita lebih detail, aku nak story sket tentang diri aku.

Aku dah berkahwin selama 10 tahun, alhamdulillah.. perkahwinan kami dapat dikekalkan walaupun banyak rintangan hidup yang dihadapi. 10 tahun aku berumah tangga, belum ada rezeki lagi untuk menimang cahaya mata. Takyah tahu lebih-lebihla..ni semua ketentuan Allah S.W.T. So alhamdulillah walaupun takde anak..tapi aku ada anak buah yang ramai dan macam-macam ragam dan peel..hahahaha

Berbalik kisah Yaya dan Lala... 25 Disember 2018 adalah Hari Krismas dan Public Holiday bagi seluruh rakyat Malaysia. Diorg ni kebetulan bermalam kat rumah aku. Public Holiday tu aku dah plan nak bawak diorg dua ni pergi jalan-jalan KLCC. Dari rumah aku..aku parking dekat lrt lepas tu kitaorg naik star lrt then tukar ke putra lrt untuk ke klcc.. yang baju biru adalah Lala dan yang berbaju purple tu adalah yaya..


Ni masa kitaorg tengah tunggu train star lrt dari Station Sentul nak ke masjid Jamek.


Bapak suka dapat berjalan berdua...aku mmg dah janji nak bawak diorg jalan-jalan...


Ni tengah tunggu Putra Lrt dari Station Masjid Jamek ke Station KLCC... time tu ramai giler orang. Mana taknak cuti sekolah...huhuhuhuh.. sian plak ngan diorg kene berdiri dicelah-celah org ramai.


Sampai KLCC..aku terus bawak diorg breakfast kat Nyonya Colors.. Lapar katanya, 3 Bungkus Nasi Lemak diorg makan. Cekodok 4 ketul..katanya tak sedap, tak sama mcam wife aku masak. huhuhhu... mana taknya cekodok Nyonya Colors kalau korg makan mau mcm penyendal pintu...


Lala ni senang nak bawak makan..dia makan apa saje. yaya ni mcm segan penyegan. Kalau ada mak dia mau satu Nyonya Colors di pau aku. Nasib baik ada lala.. order nasi lemak dengan ais kosong.. hahahahaha... sorry Yaya..hahahaha...


Masa ni nak on the way ke Aquaria..kebetulan lalu ke aquaria, nampakla maskot rimau ni depan Maybank..lala dah tarik tangan aku kata nak bergambar. Selamba diorh jer duduk kat kerusi tu. Guard belakang tu dah usha-usha aku..hahahaha...



Bila dah sampai kat aquaria..tak dapat masuk, bapak ramai orang beratur.. So aku cakap ngan diorg, takyahla masuk aquaria.. kita pergi KLCC Bridge. 

Sapa-sapa plan nak pergi aquaria aku nasihatkan pergi time weekdays...Pergi weekend atau public holiday beratur panjang, orang ramai, budak2 menjerit, menangis dan melalak.

Operation Hours Aquaria KLCC

aquariaKLCC open daily including public holidays
from 10:00am – 8:00pm (last admission 7:00 pm)
Monday – Sunday: 10:00 am – 8:00 pm (last admission 7:00 pm)

Kalau korg taknak ramai orang..korang pergi time Hari Raya Aidilfitri...hahahahaah



Selepas aquaria penuh dan ramai orang, aku plan nak bawak diorg naik skybridge..lagi sekali takde rezeki. baru aku tahu klcc skybridge bukan boleh sesuka hati nak walk in. Ia macam panggung wayang..nak beli ticket sama ada online kat website klcc petronas atau ke kaunter. Lepas tu kene tgk sama ada available atau tak 😨. Dah kenapa skybridge buat mcm ni.. setiap 15minit baru boleh naik. Takkan bridge tu tak tahan... hurmmm..

Operating Hours Skybridge KLCC

Visiting Days: Tuesdays to Sundays
(CLOSED every Monday)
(CLOSED on Hari Raya Aidilfitri & Aidiladha) 

Visiting Hours: 9.00 am - 9.00 pm
(CLOSED between 1.00 pm - 2.30 pm on Fridays)
Last admission: 8.30pm 

Buy TypeNon-MyKadMykad
Adult (13 - 60 years)RM80.00RM28.00
Child (3 - 12 years)RM33.00RM14.00
Senior Citizen (61 years & above)RM42.00RM14.00
Infant (below 2 years old)FREE
FREE



Last sekali, kitaorg bergambar kat area-area tu sahaja. 


Sian kat budak dua orang ni... nampak smiggle bergambar jela depan smiggle.. Muka macam nak masuk, tapi aku tak gaji lagi...huhuhhu...


Masa kat smiggle tu..aku ajak diorg pg lunch tapi diorg taknak lunch katanya dah kenyang. Tapi aku tahu diorg hampa sbb tak dapat masuk aquaria, petrosains dan skybridge klcc. Mana taknya semua tempat ramai orang. Nak masuk smiggle pun tak dapat. So taknak balik tangan kosong...aku bawak diorg ke Toys r us. Bila cakap nak pegi toys r us ...barula muka ada senyum... tadi aku cakap tak gaji lagi... apa kan daya RM200 aku belanja diorg beli toys... lepas dah beli toys..makan semua taknak...tau nak balik jer...aku punya barang pun tak pegi beli...huhuhuhu .

Tahu time tu aku masuk smiggle..sebatang pensel baru RM5... hahahaha...padan muka aku...


Sampai kat rumah..aku paksa diorg makan, kalau tak makan takleh bukak mainan. Aku nak belikan nasi taknak, aku nak belikan roti canai taknak..last sekali kene paksa makan sandwich kat mynews...hahahaha... 1 jam nak habiskan sandwich....

Itula Yaya dan Lala.....






1 comment: