ads02

Sunday, August 18, 2019

Pustaka Peringatan P. Ramlee

Hi Guys,


24 Julai 2019, aku bawa Mertua aku ke Pustaka Peringatan P. Ramlee. Sapa yang tak kenal P. Ramlee ni. Beliau la seorang pelakon. pelawak, pemuzik, penyanyi dan pengarah filem. Bakat beliau mmg tak boleh dibandingila, orang kata. Bapak mertua aku ni salah sorang peminat kepada P. Ramlee segala mak nenek dialog P. Ramlee dia boleh ulang . Aku tak plan pun nak kesana, aku lupa Pustaka Peringatan P. Ramlee ni terletak bersebelahan dengan rumah aku. Kalau dari rumah aku dalam 10 minit jer. Pustaka Peringatan ni dijaga dibawah Arkib Negara Malaysia, segala baju dan barangan P. Ramlee di simpan dan dijaga dengan rapi.

Masa aku berborak dengan staff Arkib Negara ni, dia bagitahu sebelum pustaka ni dijadikan Pustaka Peringatan. Di lokasi sama ni tempat P. Ramlee tinggal, struktur rumah beliau pun masih sama cuma ada renovation skit. Staff tu bagitahu kamila orang terakhir yang dapat masuk ke Pustaka ni sbb lepas tu struktur asal rumah P. Ramlee bakal dirobohkan dan akan dibina semula mengikut perkembangan moden. Tapi dah kenapala Arkib Negara tak bina balik mengikut struktur asal. Bagi aku, lepas ni sesiapa yang ke Pustaka Peringatan P. Ramlee tak dapat merasa suasana di rumah beliau.

Nak tahu lebih detail boleh klik link dibawah:-

  

Address:

22, Jalan Dedap, Taman P Ramlee, 53000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Operation Hours:

Monday : Closed
Tuesday - Friday : 10AM - 5PM 

 Contact:
 
 03-4023 1131

MASUK PERCUMA 
  



Betapa minatnya bapak mertua aku kepada P. Ramlee, seratus kali tgk filem beliau pun dia boleh ketawa terkekek-kekek. Bukan bapak mertua aku jer. Malah anak buah aku yang lahir tahun 2000an pun tahu dan kenal siapa P. Ramlee. Power tak P. Ramlee ni... 💪💪💪.


Setiap sudut, catatan P. Ramlee, Latarbelakang P. Ramlee, Filem beliau, Nurkilan beliau, habis bapak mertua aku baca. Agak lama gak aku kat sana...hihihihi




Bapak mertua aku bergambar membelakangkan kerusi yang telah digunakan P. Ramlee semasa membuat Filem. Masih kukuh lagi kerusi tu, Dulu-dulu kalau buat filem.. bapak gedabak punya kamera...



Sebelum balik, aku sempat belikan buku sejarah P. Ramlee kepada bapak mertuaku dijadikan sebagai kenang-kenangan. Masa ni tgh bergambar dengan kereta beliau di Pustaka Peringatan P. Ramlee...


Tamat sudah cerita.. Sambung next entry plak...

No comments:

Post a Comment