ads02

Sunday, September 8, 2019

K-Fry with Alia dan Sofea

Hi guys,

Story kali ni aku nak story pergi jalan-jalan dan makan k-fry bersama anak buah aku iaitu
Alia dan Sofea. Tapi sebelum memulakan langkah penceritaan, aku nak story dulu
pada mereka berdua ni. Cerita jalan2 ni termasuk sekali ngan diorg ni jugak. So takde entry ni pasal Alia dan Sofea. hihihihi


Siapakah gerangan bagi mereka berdua ni. Ahahahahah... gelak dulu sebelum memulakan penceritaan. Aku tak tahu mcm mana nak start. Aku start dulu dengan lelaki baju putih ni dulu. Lelaki t-shirt putih tu adalah abang ipar aku yang sulung...Masya'Allah dia punya perangai hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu. Aku tak tahu macam mana dia ni boleh dianugerahkan menjadi Isteri kepada akak aku... Orang dia punyala ohsem, baik takyah cakapla...boleh dikatakan 100juta peratus punya baik, suka buat kebajikkan tak kesah pada keluarga mahupun masyarakat. Aku bertuah memiliki seorang abg ipar yang baik sesgt...aku tak tahu dia ni dtg dari negara mana atau planet mana pun.. tapi tula. 

Tanpa abg ipar aku ni, tak menyinar segala aktiviti dan kebajikan dalam keluarga aku. Terima kasih banyak-banyak kerana buat kitaorg happy apabila berkumpul bersama. Tanpa dia..jangan harapla nak ada aktiviti join larian (Fun Run atau Thril Run), Aktiviti memanjat gunung, aktiviti berbasikal, Aktiviti mandi jeram, aktiviti menaiki tram keliling kampung, Melawat teratak zaba dan sebangainya. Dia pun seorang ayah yang baik.. Dulu kalau kami balik kg jer...lepas tenghari masing2 terbongkang atas laman rumah...hahahahahaha....😂😂😂😂😂

Akak dan Ipar aku bercinta sejak zaman diorg sekolah lagi... Aku ingat lagi, masa mula-mula abg ipar aku bertandang ke rumah aku kat Jalan Ipoh. Lepas jer abg ipar aku balik... Bapak terjerit-jerit mcm kene rasuk dek pontianak..dah kenapa.. org lain bercinta ngan aku2 kene marah.. hahahahaa..

Akak aku ni dulu rajin menulis diari... masa diorg ni nak kawin, akula yang tukang bakar diari akak aku. Adalah dalam berbelas buku diari aku bakar. Tapi atas permintaan akak akula. Zaman dulu mana ada blog2 ni..semua tulis pakai diari. Sebelum kene bakar..aku sempat baca skit. Hahahaha... Jgn Marah ya. Aku share rahsia diari akak aku sini sket... apa yang dia tulis mmg betul menjadi kenyataan dan jalan cerita kehidupan akak aku sama cam diari yang dia tulis. Hebat..!!!... tu jela. Lebih2 tu takyahla..nak termuntah bahasa yang digunakan...kahkahkahkahkah...
 ðŸ˜…😅😅😆😆😆😂😂😂😂 Kalah bahasa seorang sasterawan negara... Kalah lagi bahasa penulis novel Lagenda budak setan..hahahahah

Ni Pic abag ipar aku dengan Anak yatim..picture ni diambil 2 minggu sebelum nak 
menyambut Hari Raya Aidilfitri.




Ni kalau tahu dek yaya..mau mencengeng jadinya...hahahahahaha.. 😂😂😂😂😂😂

Skrg aku nak story pasal akak aku... hahahaha. Akak aku ni boleh dikatakan seorg PRINCES. Ni bukan ibarat Princes yang mati mak ayah lepas tu datang nenek kebayan jadikan Princes. Ni Princes yang lahir terus jadi Princes. Hahahahaha Dia ni lain mcm skit beb. Diorg ni duduk kat Seremban 2.. akan aku keje gomen area seremban dan abg ipar aku keje banker kat area KL. Ulang-alik dari Seremban ke KL Setiap hari, takpe pemandu bas seremban tu dah macam kenalan lama dia. hahahahaah...

Korang bayangkan la...dalam sebulan setiap minggu akak aku akan turun KL semata-mata nak pegi IKEA. Abg ipar yang mabeles dan ohsem ni tak pernah merungut sekali pun. Cakap jer akak aku ni nak pergi mana...abang ipar aku ni akan bawak jer. Jalan KL yang jem mcm semut pun dirog akan masuk. hahahaha...aku yg duduk kl pun tak pegi IKEA setiap minggu....hahahahaha. Kalau seminggu sebelum Hari raya Puasa akak aku akan turun KL. Sogo adalah tempat faveretnya... Sogo tu selagi tak tutup akak aku takkan balik. Tapi mmg betul...hahahahaha.. tak caya bolehla ikut akak aku pg shopping..

Tu baru pergi shooping...kalau balik kg, mcm nak balik dari kg ke seremban...orang lain sibuk2 mengemas. Akak aku dah masuk dalam kereta terus. So abg ipar aku yg naik rumah...kumpulkan segala baju, tuala, spender anak2 yang tertinggal pg kutip masuk dalam beg. Huishhh... gila baik beb.

Akak aku kalau kat rumah dia..dia ni suka membebel mcm mak aku...hahahaha..aku rasa ikut perangai mak aku. Tapi mak aku ikut perangai arwah uwan aku dulu...hahahaha. 

" MEMBAHAGIAKAN ISTERI, REZEKI SUAMI MENGALIR TANPA HENTI"

Apapun aku doakan akak dan Abg Ipar aku
 dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Semoga kedua-dua mereka till jannah...hhihihih..

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Masa cuti Raya Haji itu hari, budak dua orang ni ajak aku pergi makan K-Fry, aku ok jer.
Diorg dua orang ni anak abg aku yang sulung duduk kat Bandar tasik Puteri, Rawang.

Alia dan Sofea, dua-dua peminat citer korea... ntah apa yang hensem kat orang korea 
tak tahula. Nak makan ayam cheese gulung katanya. So aku buat booking seminggu sebelum nak pegi. Kitaorang makan kat outlet KLCC. So masa order tu dah plan nak makan ayam cheese gulung, Mee seafood Kimci, nasi bola-bola dan Bingso Mangga. Sampai jer makanan..diorg tak bagi aku makan..katanya nak ambik pic letak dalam insta story.. hahahaha. Alhamdulillah rezeki kali ni bukan aku belanja... Paksu Shakir yang belanja..hahaha selamat duit aku... hahahaha. Semoga Paksu shakir dimurahkan rezeki selalu...

K-Fry sekarang dah boleh buat booking melalui online; 

Check sini: https://kfry.my/book-a-table/

K Fry Urban Korean @ Suria KLCC

Address: Persiaran KLCC, Kuala Lumpur City Centre, 
50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 

Operationg Hours: Monday (11.00AM)
                             Sunday (10.00PM)

Phone: 03-2780 0148

 


Semangat nak makan K-Fry, pukul 10.00AM pagi dah sampai. So far kami berempat jela.
Aku tak pasti apsal abg aku tak bawak sekali Afiq dan Lala. Next time bawak diorg plak. Insyallah kalau Uncle ada rezeki lebih. K-fry bukak pukul 11.00AM, kami lepak kat Texas Chicken depan k-fry klcc...

Plan sebenar-benarnya nak bawak Alia, Sofea, Lala, Afiq, Yaya dan Bella. Tapi yaya dan bella
tak jadi plak... akak aku hantar bideo ni kat aku..

Yaya nangis plak... Ayyyoooooo... Next time uncle bawak yaya plak..
 

Wife aku order ni masa kat K-Fry... Nama makanan dalam korea adala 'HAEMUL PAJEON'
Nama nak gah jer. harga dahla RM24.90.... bagi aku ni lempeng je sebenarnya. Tapi takyahla order.. penuh dengan daun kuchai. tergelak-gelak wife aku makan... Korang balik rumah buat lempeng mcm ni, pastu letak daun kuchai sebanyak lima gengam.. pastu try la makan...hahahahahaha
Tengah sedap-sedap makan, abg ipar call kata nak ajak lepak. So kitaorg plan jumpa kat Pavilion lepas habis makan kat Kfry.

Wife aku ngan anak buah aku dah sama besar dan tinggi..hahahahaa

Dari KLCC ke Pavilion kami plan berjalan kaki jer..dengar mcm jauh. tapi disebabkan ada Tunnel yang selesa bermula dari Pintu Akuaria KLCC dan last ke Pintu Pavilion. Senang akses wei... mula tu aku pun tak tahu. Aku tahu masa aku dari Pavilion nak balik ke rumah...grab susah that time, aku plak nak terberak waktu tu. So guard pavilion bagitahu aku lalu tunnel ni terus ke KLCC. Alhamdulillah...perjalanan cuma ambil masa 10 minit jer...

Aku cerita skit pasal tunnel ni. Tunnel ni dbuka pada Januari 2012 oleh Perdana Menteri Malaysia, waktu tu adalah Datuk Seri Najib Tun Razak. 100juta Ringgit Malaysia digunakan untuk menyiapkan walk way antara klcc ke bukit bintang. Kemudahan yang selesa, sepanjang tunnel ber aircond. Sejuk sepanjang jalan. Terima Kasih Datuk Seri Najib...

Bukit Bintang - KLCC Pedistrian Walkway

Opening Hours: Daily 6.00AM - 11.00PM
 

Sampai jer pavilion...Paksu Shakir belanja starbuck buat Alia...lepak jap sementara 
tunggu Abg ipar and family sampai.

 Lepas lepak starbuck Paksu Shakir belanja sofea kat Tea Live Pavilion. Lagi sekali 
Selamat duit aku...hahahahaha

Tea Live Pavilion dan outlet diorg yang lain-lain mmg berbeza beb. Tea Live Pavilion sedap lain mcm..kata Paksu Shakir setiap outlet kat Pavilion ni perlu jaga kualiti. Yala tempat orang kaya2.


lepas sejam lebih menunggu diorg sampai Pavilion akhirnya. Kitaorg lepak kat Food Court pavilion..., kat situ kitaorg mkn Chun Corn Dog Mozarella Cheese.

Si ayah bersama dengan Arah...

 Yaya dan arah...


Lepas lepak kat food court.. paksu Shakir ajak lepak dan nak belanja makan dip and dip. 
Sian kat yaya tadi tak dapat follow kitaorg mkn kat K-fry.

Baju Biru tu la Paksu Shakir, adik aku paling bongsu... Masih Single dan belum ada yang berpunya.
Bolehla contact aku. hahahahaha... penat dah kami rekemen.

 Tgh menunggu makanan sampai...





Nila yang kami dapat sambar... faveret akak aku ni. Coklat dan Aiskrim pantang diajak...hahahaha

Video masa kat dip and dip Pavilion KLCC

Alhamdulillah... lagi dan lagi sekali, Paksu Shakir telah setelkan bilnya. Lagi dan berkali selamat duit aku.  Ya Allah semoga dumurah rezeki hendaknya. Bertuah dan siapakah gadis yang dapat mencuri hati adik aku yang bongsu ni.

Dip n Dip Chocolate Café Pavilion KL

Address: Pavilion Kuala Lumpur, 1668, Jalan Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Operationg Hours: Monday (10.00AM)
                                Sunday (12.00PM)

Phone: 03-2110 3352


 Ni aku dan yaya, Next ada rezeki lebih uncle bawak yaya sorg jer....

Masa ni otw nak balik rumah dari Pavilion. Kami yang berlima dari klcc tadi menumpang kereta abg ipar.. Kereta abg ipar dahla avansa..masuk lagi anak2 diorg. 12 orang beb. berhimpit-himpit kami. hahahaha... aku ok lagi... badan ala-ala Remy ishak dan Zul  Arifin takdela sendat sgt...hahahaha...

Abg ipar yang baik sesgt...terima kasih kerana bagi kitaorg tumpang. hahhaahah

tak lupa pada paksu Shakir.. hahahahahaa

Okla..cuti 3 hari tak tahu nak buat apa...setel tulis blog..sambung Next Entry....


 
 






No comments:

Post a Comment