ads02

Monday, June 17, 2019

M Roof Hotel & Residence Ipoh Perak.

M Roof Hotel & Residence Ipoh Perak.

Terletak berdekatan dengan Stadium Indera Mulia Ipoh Perak. Hari ni tak sengaja aku sampai sini. Atas urusan kerja juga. Duduk sehari jer, ..
Bila aku sampai hotel ni dari luar mmg betul 4 star. Lepas tu aku choose bilik superior Queen Bed. Alangkah terkejutnya, bathroom bilik ni transparent separuh. Sapa ada anak mmg tak sesuweeeweeeyyy.. yelar, ko nak berak anak ko berdiri atas katil nampak ko terkangkang 😂😂😂🤦‍♂️.

Untuk suami isteri yg takde anak ni, okla mmg tersgt ok. Bagi aku bilik ni tak best, tilam keras, jamban sensor, paip bocor.. 🤦‍♂️. Booking agoda la katakan.
Bawah hotel ni ada 2 Restaurant, 1 adalah “The Morning After” dan 1 lagi adalah “Old Town White Coffee”. Masa breakfast morning, korg boleh pilih nak makan buffet atau alacard. Kalau buffet korg bleh masuk ke old town, alacard kat the after morning. Setiap pagi, kene pg kaunter ambil kupon. Biasa staff kat kaunter cuma tunjuk pintu old town sahaja. Breakfast kat old town ni aku bleh rate 3/10 tak byk variaty bila tgk mknan rasa baik mkn kat kedai mamak...😂😂😂

Hotel ni jauh skit kalau nak cari mknan Melayu. Kalau tak kesah, Restaurant Cina bersepah beb. 😂😂😂. Kalau tak Kene drive ke bandar Ipoh. Hotel ni dikelilingi kawasan perumahan. Kalau setakat nak beli jajan boleh ke sebelah hotel ni, ada petron.
Hotel ni tak layak dpt 4 Star, hotel ni cuma 3 Star sahaja. Dahla takde pool. Xsesuai untuk yg ada anak. Harga bilik mahal, better cari hotel kat bandar Ipoh. Aku duduk sini sbb ada Meeting kat hotel ni whole day. Senang takyah keluar2.

Keseluruhan Rate untuk Hotel ni:- 5/10
Parking : 7/10 - parking byk, Xde bumbung
Bilik Hotel : 5/10
Lobby Hotel : 7/10
Staff “The After Morning” : 8/10 Staff “Old Town” : 5/10
Staff hotel : 3/10
Breakfast Old Town : 2/10
Breakfast the after morning : 6/10
Grab: 8/10 - discount RM2 dari pihak hotel
Lift : 5/10 - Gelap gulita, jimat letrik rasanya.






No comments:

Post a Comment