ads02

Sunday, August 18, 2019

Pustaka Peringatan P. Ramlee

Hi Guys,


24 Julai 2019, aku bawa Mertua aku ke Pustaka Peringatan P. Ramlee. Sapa yang tak kenal P. Ramlee ni. Beliau la seorang pelakon. pelawak, pemuzik, penyanyi dan pengarah filem. Bakat beliau mmg tak boleh dibandingila, orang kata. Bapak mertua aku ni salah sorang peminat kepada P. Ramlee segala mak nenek dialog P. Ramlee dia boleh ulang . Aku tak plan pun nak kesana, aku lupa Pustaka Peringatan P. Ramlee ni terletak bersebelahan dengan rumah aku. Kalau dari rumah aku dalam 10 minit jer. Pustaka Peringatan ni dijaga dibawah Arkib Negara Malaysia, segala baju dan barangan P. Ramlee di simpan dan dijaga dengan rapi.

Masa aku berborak dengan staff Arkib Negara ni, dia bagitahu sebelum pustaka ni dijadikan Pustaka Peringatan. Di lokasi sama ni tempat P. Ramlee tinggal, struktur rumah beliau pun masih sama cuma ada renovation skit. Staff tu bagitahu kamila orang terakhir yang dapat masuk ke Pustaka ni sbb lepas tu struktur asal rumah P. Ramlee bakal dirobohkan dan akan dibina semula mengikut perkembangan moden. Tapi dah kenapala Arkib Negara tak bina balik mengikut struktur asal. Bagi aku, lepas ni sesiapa yang ke Pustaka Peringatan P. Ramlee tak dapat merasa suasana di rumah beliau.

Nak tahu lebih detail boleh klik link dibawah:-

  

Address:

22, Jalan Dedap, Taman P Ramlee, 53000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Operation Hours:

Monday : Closed
Tuesday - Friday : 10AM - 5PM 

 Contact:
 
 03-4023 1131

MASUK PERCUMA 
  



Betapa minatnya bapak mertua aku kepada P. Ramlee, seratus kali tgk filem beliau pun dia boleh ketawa terkekek-kekek. Bukan bapak mertua aku jer. Malah anak buah aku yang lahir tahun 2000an pun tahu dan kenal siapa P. Ramlee. Power tak P. Ramlee ni... 💪💪💪.


Setiap sudut, catatan P. Ramlee, Latarbelakang P. Ramlee, Filem beliau, Nurkilan beliau, habis bapak mertua aku baca. Agak lama gak aku kat sana...hihihihi




Bapak mertua aku bergambar membelakangkan kerusi yang telah digunakan P. Ramlee semasa membuat Filem. Masih kukuh lagi kerusi tu, Dulu-dulu kalau buat filem.. bapak gedabak punya kamera...



Sebelum balik, aku sempat belikan buku sejarah P. Ramlee kepada bapak mertuaku dijadikan sebagai kenang-kenangan. Masa ni tgh bergambar dengan kereta beliau di Pustaka Peringatan P. Ramlee...


Tamat sudah cerita.. Sambung next entry plak...

Friday, August 16, 2019

CITYBOYS (Budak Keyell) - Teratak Zaba, Ronda-ronda Trem, Bukit Bagindo dan Jeram Tengkek


Hi guys,

Entry kali ni aku nak story mengenai aktiviti sebahagian "Family & Anak Cucu Limah Karim" yang menghabiskan waktu cuti di Kampong Kuala Sialang, Negeri Sembilan. Percutian dijalankan pada March 2019, bermulanya aktiviti seperi dibawah:-

1. Teratak Zaaba
2. Menaiki Tram keliling Kampung
3. Mendaki Bukit Bagindo
4. Berkelah di Jeram Tengkek

Inila Keluarga Puan Sabariah a.k.a Induk dan Puan Samsiah a.k.a mak uda sipah.. ni tak complete sbb ada yang tak join atas urusan kerja dan telah mempuanyai aktiviti yang tak dapat dielakkan. Rindu dengan bergambar mcm ni. Rumah Puan Sabariah dan Puan Samsiah betul-betul terletak dalam satu laman, sebelah-sebelah. 

Rumah Puan Sabariah cuma rumah asli kampong, kalau sesapa balik kampung teringin nak merasa tido rumah kampung beratapkan zink..bolehla lepak di rumah Induk. Tapi bila tenghari mak datok punya la panas...hahahahaha

Kalau rasa nak tido rumah batu banglo...bolehla lepak di rumah mak uda sipah..sejuk jer. Keluasan ruang tamu boleh main futsal..hahahaha

=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=

Terlebih dahulu aku ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada Juta Print Enterprise dimana telah menaja baju club. Alhamdulillah...semua saiz ado... Selesa pakai baju ni walaupun baju percumo...hahahaha


Sesiapa yang telah nampak blog ini, kalau nak buat baju kelab, nak print katalog ke, nak buat bendera ke dan lelain bolehla menghubungi 


JUTA PRINT - PAKAR PRINTING

Alamat:-
No. 17-2, Dataran Dwi Tasik 1, Bandar Sri Permaisuri
Kuala Lumpur, Malaysia

No Telefon:
010-212 7760

Email Address:
jutacreativeprint77@gmail.com

Waktu Operasi:-
Isnin - Jumaat: 9.00AM - 6.00PM 
Sabtu & Ahad: TUTUP
 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hari pertama: time ni kat teratak zaaba, terletak di Batu Kikir Negeri Sembilan. Saje bawak budak2 ni melihat sejarah dan mengenali siapanya Zaaba ni. Kalau nak cerita siapa zaaba ni aku pun tak tahu..hahahahaha... korang boleh klik link ni 


Korang baca la sendiri..... Yang baju pink tula ainin...geng mak jemah dengan lala dan yaya.. masa ni 
lala tak join sbb pakcik dia kahwin..hahahaha...

Bukan main semangat lagi membaca sejarah zaba..alhamdulillah sedikit sebanyak diorg tahu siapa zaba ni.


Ni Yaya Tekoya...tekun menulis kat buku kedatangan melawat...hihihihih


Kat belakang teratak zaba ni, ada sepohon pokok kekabu. Budak-budak ni mana kenal kekabu..yang diorg tahu cuma bantal kekabu. Okla budak keyell sorg ni tgh memberi penerangan kat yang lain-lain mengenai buah kekabu.. 💪💪💪

So tamatla sesi lawatan ke teratak Zaba.... Sapa-sapa yang beleum ke teratak zaba dan ingin ke sana. teratak Zaba ni masuk free sahaja, dan dibuka setiap hari ~ 10 pagi sehingga 5 petang. Public holiday pun bukak... Kalau sesapa yang memerlukan tour guide boleh contact aku. Yang pakai topi hijau nama dia Nabil cucu lelaki mak uda sipah... cakap mcm orang besar..hahahaha... aku boleh hantar nabil sebagai tour guide korang...




Ini namanya Trem..trem ni cuma ada di Homestay Kg lonek. sesapa yang hendak menikmati udara segar dan lari dari kesibukkan kota raya bolehla bermalam di "HOMESTAY KG LONEK".

Kalau korang nak merasa dengar bunyi buyian seperti ayam berkokok, kambing mengemenbek, lembu mengeboh. Waktu senja plak bunyi burung dan waktu malam plak kalau korang bertuah..korang akan dapat dengar bunyi oink oink oink...hahahahaha... kalau dengar bunyi rimau mengaum buat2 tak tahu jer...ops...hahahahaha..

"HOMESTAY KG LONEK". Terletak di Jalan Batu Kikir, jempol Negeri Sembilan. Dikelilingi sawah padi.

https://www.agoda.com/homestay-kampung-lonek/hotel/bahau-my.html?cid=-218

nak tahu lebih lanjut pasal homestay ni, korang boleh hubungi 
: 012-3973231 / 06-4981078 (Koperasi Lonek)

Aku kesini bukan sebab nak booking homestay, apa kejadahnya aku nak duduk homestay sedangkan rumah kampung kami terletak bersebelahan dengan Kg Lonek 😅😅😅. Aku kesini untuk bertanyakan harga sewaan bagi sebuah trem ini. Aktiviti kami selepas teratak zaba adalah dengan ronda-romda kampung menaiki trem. Alhamdulillah urusan aku dipermudahkan dan dapat sewa 2 buah trem selama sejam.....


  Korang rasa kampung korang ada tak trem ni? Hahahahaha...😆😆😆😆. Jangan ingat Zoo Negara jer ada kenderaan ni. Kampong kami pun ada...




Aku dengan wife aku..dah cop duduk belakang..hahahaha bengang jer budak-budak tu..






 Gambar-gambar yang diambil sebelum ronda-ronda keliling kampong. Trem ni aku sewa kat Homestay Kg Lonek..tapi aku bagi direction suruh ambil di rumah kampung kami iaitu di Kuala Sialang. Service terbaikkk bak hang.... Mula tu diaorg bawak pusing satu kampung then lepas tu ke sawah padi untuk bergambar...





Trem dah bergerak....

Komen yang diberikan oleh Yaya dan Ainin...

Kesian yang belakang sekali tu...tersepit-sepit nak bergambor. Ha tula sapa suh duduk belakang..



Kegembiraan terpampang pada muka masing-masing..mana taknya 1st time dapat keliling kampung meniki trem..hahahahaha...




Masa ni kitaorg baru sampai di Homestay Kg Lonek...Diorg tunjuk persekitaran homestay tu. bagi aku biasa jer...yelar kg kitaorg sebelah dengan Lonek ni...hihihihih

Waktu ni dah sampai kat sawah padi.. mulanya aku nak ambil pic diorg ni. Sekali terambil video. Yaya macam tahu-tahu jer aku tgh kenakan diorg. So nampakla gigi jarang ainin..hahahahaa..😅😅😅😅

Ni gambar anak beranak...Ni kakak aku sebelah tu anak perempuan sulung dan cucu sulung dalam Keluarga Puan Sabariah. Kakak fariha nama diberi...dulu kecik2 mcm yaya..sekarang dah asrama penuh.. 💪💪💪💪


Masa ni sawah padi tgh ranum masak...tgh waktu menuai.. tu yang kuning jer... Si asa ni ntah kenapa pandang arah matahari..


Ni abang aku...belakang dia ni adalah tanah sawah kepunyaan dia. Mak aku dah bagi kat dia. So tokey beras terbesar kat Kg Lonek ni....hahahahahaha 😅😅😅😅

Tamatla perjalanan menaiki trem keliling kampung..masing-masing kepenatan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ke-esokkanya, plan nak mendaki Bukit bagindo..mula tu aku rasa berat nak follow group kaki mendaki ni. Tapi dah abg nizam ajak..terjerat akhirnya. Kata nak jalan slow-slow last2 aku last sekali..huhuhu...

Bukit Baginda ni terletak di kg Majau, Batu Kikir Negeri Sembilan..apa yang ada kat bukit ni. Setahu aku yang ada adalah terdapat 2 makam..makam sapa pun aku pun tak tahu. Brader yang jual air kat bukit tu pun tak tahu tu makam sapa. Makam tu terletak dibawah batu besar sebelum korang mendaki naik. Sampai sana mulut jangan celupar plak...

Sebelum nak mendaki, perlu mendapat permit mendaki dengan membayar sorg RM3. Resit dia plak dah mcm MC Hospital Kerajaan....

Checkpoint pertama sebelum mendaki...

Bapak menyesal aku ikut...letih wei...bagi yang kurus memang la nampak landai..napas aku turun naik ni..boleh meninggal aku dibuatnya. Dahla pakai seluar pendek. Nyamuk sedap jer gigit aku..

Mak Jemah ni kecik lagi kejap jer dah hilang....hahahaha

Nampak tu siap boleh bergurau senda tanpa memikirkan perasaan aku di belakang..

Nasib baik ada wife aku yang jadi peneman setia aku...diala yang bawakkan aku bekal bihun..hahahahaha

Akhirnya aku sampai gak di checkpoint pertama...terbaring aku..time ni boleh dikatakan 50 ekor nyamuk gigit aku..nasib baik bawak mopiko. Mopiko penyelamat aku....

Diorg kata, kalau tak larat lepak kat check point pertama..kat situ ada org jual buah, air, eskem, nasi lemak dan sebagainya. Ni betul-betul beb...

Diorg dah start naik...aku apa lagi lepak makan buah dan makan bihun...hahahahaha...

Wife aku dengan kak rina..belum sampai check point kedua..dah patah balik. Katanya dah takde landai landai..ni mendaki sampai atas. Korang rasa patutkah aku join....

Ni pic lama..masa ni lala pergi yang first batch...takdela aku nak follow...


Uiskkk...tak dapat nak follow kalau keadaan macam ni.. mau tergolek aku mcm ni..

Katanya baru sampai checkpoint ke-7. Diorg kene mendaki sampai checkpoint ke-9 tu checkpoint terakhir...

tengah menunggu makanan masak katanya...

Kesian plak diorg makan makanan ni...pek ada 3 jer.. pastu kene kongsi. Aku kat checkpoint pertama dah melantak bihun, sandwich, cadbury, eskem, buah dan air bergelen..hahahaha..






Tamatla sudah aktiviti pendakian dibukit banginda. Then lepas mendaki kitaorg berendam di Jeram Tengkek Batu Kikir. Kat Jeram tak sempat nak amik picture...aku dah kepenatan yang amat sangat..huhuhuhhuhu....

Serba sedikit mengenai Jeram Tengkek....

Taman Eko Rimba Jeram Tengkek

• 30 km daripada Pekan Bahau
• Terletak di dalam Hutan Simpan Serting Ulu
• Hutan Dipterokarpa Pamah
• Kemasukan adalah PERCUMA
• Dibuka dari 7.00 pagi hingga 6.00 petang

Pertanyaan:

Pejabat Hutan Daerah, Negeri Sembilan Timur, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Tel: 606-4811 036

No. Kecemasan:

• Dial 911
• Hospital Seremban - 69 km (606-7684 000)
• Balai Polis Bahau - 30 km (606-4541 221)
• Balai Bomba Bahau - 30 km (606-4541 333)

Tarikan:

kajiansungaimerandukkhemahtrekking 2

Kemudahan:

parking 2masjidchalettoiletdewanpondok 2

Okay guys, jumpa next entry.......