ads02

Saturday, June 29, 2019

Avengers: Marvel Exhibition In Pavillion Kuala Lumpur 2019


Hi Guys,

Entry aku kali ini mengenai "Avengers: Marvel Exhibition In Pavillion Kuala Lumpur ". Disebabkan exhibition inila aku pergi Pavillion. Seingat aku dah lebih 7 tahun aku tak jejakan ki ke Pavillion. Pavillion ni bukan tempat aku. Pavillion ni tempat-tempat orang kaya, orang yang acah-acah kaya, tenpat melepak budak-budak hipster. So aku rasa tak layak sangat nak kesana. Aku datang hari ni kat Pavillion ada 2 sebab, first sebab aku minat dengan Avengers, Ke-dua sebab aku nak cari board games.


Sampai tadi aku terus bergambar dengan Replika Iron Man...

Bagi siapa yang nak masuk exhibition ni. Firstly, jangan lupa bawak mykad sbb dengan mykad boleh dapat diskaun. yang takde mykad kena bayar harga normal.


Harga boleh tahan mahal gak, masa aku sampai tadi dalam pukul 1.30PM takdela ramai sgt. Masa nak beratur masuk, orang dah start ramai. Harga kat screen kalau ada mykad RM48. Tadi aku beli dapat RM41 per adult.


Masa nak beli tiket, tunjuk mykad...masa nak bayar kalau anda pemegang kad bank Maybank atau kredit card maybank boleh dapat 15% diskaun lagi. okla murah skit jaa.






Muka excited bila berjaya memperolehi tiket.... 

=
 =
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=


Kisahnya bermula disini, sesiapa yang ada nak niat masuk ke exhibition ni better batalkan jer niat. tak berbaloi bayar mahal-mahal tapi korang rasa cam tak puas hati. Kat dalam tu bukannya real semata-mata, semuanya replika plastik. maksud aku bukan replika original semasa pengambaran avengers. Mula tu memangla rasa excited tapi cepat sangat dia punya tour, nak bergambar tu aku rasa mcam tak sempat. Crew yang guide tour tu pun asyik nak cepat jer. huh.... 


Semasa tour marvel ni, bukan semua Avengers ada yang ada cuma Iron Man, Thor, Dr. Strange yang tak real, Captain Marvel hidup segan mati tak mau - Muka pun takde ibarat korg pg shopping baju, tapi patung yang takde muka , Black Panther, Captain America, Antman, Thanos yang tak real. Huh...


Ni sebelum nak beli tiket, punyala excited.. Picture ni full sebenarnya, sbb kan orang ramai dapat ambik part ni jer. Berpuluh actors Marvel dalam picture ni. Aku ingat adala dalam tour tu.. tapi..huh..

 

Sebelum masuk excited ambil video dan picture, kalau boleh setiap sudut atau lubang-lubang semut nak ambik.


 Video ni diambil masa mula-mula depan pintu masuk tour. Every trip tour hanya 20 orang sahaja dibenarkan masuk. Sebab kalau ramai-ramai masuk sekali gus takut ada incident.



Sampai pintu ni, setiap orang akan scan bar code yang terdapat kat tiket, tujuannya nanti lepas habis tour akan dapat kad pass marvel. Kad ni tak perlu bayar lepas habis tour. Ni dianggap complimentary dari Marvel Exhibition.


 Cun gak sebenarnya...hihhihihihi

Bermula explaination yang pertama yang tour ni.....

Sampai kat sini, semua cerita pasal marvel. Aku rasa dia ni head crew kot. Dia kata every item kat dalam semua actual costume. huh... tapi bila dah habis tour korang boleh nilaikan sendirila...

Firstly, tour adalah Stark's Workshop... Everyone boleh bergambar dan bervideo dan sebaginya.. berebut-rebut nak bergambar. untuk permulaan ni ok lagi diorg bagi peluang sebab masing-masing muka excited terlebih.








Hanyala pancaran projector, then iron man boleh bertukar-tukar kaler...biasa jer...


Sampai part ni, aku jadi bosan dan tak excited langsung. Kalau mcm ni punya display..baik aku pergi Muzium toys yang ada kat Penang dan Melaka. bayaran pun murah..lagi real... Show murahan ke apa ni. Please la baik buat show kat chow kit jer, tak layak buat kat Pavillion....

Second, adalah Captain Amerika...


Crew ni kata item ni yang digunakan dalam Avengers...

 Kedua-dua peralatan tu plastik jer... patutnya letak la yang real...hurmmm..


Hellicarrier dalam Marvel...

Yang ketiga adalah Thor.. bawah aku share picture jer, sbb takde mood nak ambik video. Crew tour ni asyik nak cepat jer...Masuk bayat kot..keje nak cepat habis.


THOR anak Odin, kelakar dowh bila berbahasa Melayu ni. Hahahahaha... Kalau berbin anak ni mesti thor asal Sibu Sarawak (done claim org sarawak). Hahahahaha ---- Ok aku betulkan balik. THOR Son of Odin kebolehan yang hebat sebagai tuhan yang melindungi asgard dan bumi. :)


Senjata yang digunakan dalam movie Marvel Thor 2011, Thor The Dark World 2013, Thor Rangnarok 2017, The Avengers 2012, Avengers: Age Of Ultron 2015


Senjata yang digunakan dalam movie Marvel Avengers: Infinity Wars.. lepas tu dalam End Games dapat balik dia punya senjata Mjolnir.


Ni plak weapon Loki... 



 THOR Bitfrost.... Nice la bagi aku...


Seterusnya adalah Ant Man, ada 2 jer diorg tunjuk. kat bawah ni...huhuhuhhu. Movie Marvel ni aku suka bila watak Ant Man boleh jadi giant dan jadi sekecil serangga. Yang paling best part Hank Pym, power giler bukan sahaja boleh cipta baju Ant Man, segalanya pun boleh dari bangunan ke kereta.




Seterusnya part Dr. Strange... Cakap lagi. Sepatutnya crew cuma iring sahaja dan pastikan keadaan semua terkawal dan tiada incident berlaku. Tak payah nak explain sgt.. sbb semua yang masuk tour ni dah tahu apa yang ada. Hurmm... lepas tu nak move cepat-cepat.. nak baca pun tak sempat... huh..!!!

 


 Ni kostum Dr. Strange, real jugakla dari yang lain-lain tadi...

 Kitab Suci Dr. Strange..


 Eye Of Agamoto.. kalung yang ada pada Dr. Strange..



Part ni tak boleh blah langsung, aku orang terakhir. Crew diorg ni nak cepat move dan cepat habis. lepas tu kata game to broken. Phhhuiiii... mana taknya kalau seorang start main mau ambik masa 20minit.... tak puas hati langsung dengan Marvel Malaysia.



THANOS, sekali petik separuh penduduk bumi akan hilang. Double Sided Sword thanos ni power gak.. boleh pecah shield Captain Amerika.





Both video kat atas ni, takdela best sangat. Dulu masa mula-mula captain marvel ditayangkan kat One Utama, GSC ada letak Game mcm ni gak. tapi free..sesapa boleh try.


Starlords Blaster yang digunapakai oleh Quill dalam Movie Marvel Guardians Of Galaxy.


Gamora Swords dalam Movie Marvel Guardians Of Galaxy.



Captain Marvel, crew tu kata kostum dia yang actual. Aku tgk biasa jer...takde yang menarik langsung


Black Panther...


Then habis tour yang selama 45 Minit...

Rate Kesuruhan tour ni:-
Bayaran Masuk: 4/10
Costume Marvel: 4/10
Staff Crew: 9/10 - Friendly
Location: 8/10 - Level 10

Thursday, June 27, 2019

Starbucks: Frappuccino Watermelon & Lychee Aloe




 Starbucks: Frappuccino Watermelon & Lychee Aloe





 
 Hi Guys,

Aku dah try frappuccino Watermelon & Lychee Aloe ni. Baru 2 kali jer.. sebab kebanyakkan store starbuck, Frappuccino ni dah habis. Yang jumpa setakat ni kat Starbuck One Utama New Wing dan Old Wing. Mula-mula aku minum aku order macam biasa size venti (paling besar). Lepas beberapa sedut aku dapat rasakan macam ada yang spoil dgn Frappuccino ini. Mula tu aku syak Aloe vera ni bermasalah mcm ada biji-biji kecil dan tergigit lepas tu manis sgt. walaupun staff starbuck bagitahu, untuk Frappuccino ni diorg tak letak sugar mcm drink yg biasa diorg ada. 







So kali-2 aku order Frappuccino Watermelon & Lychee Aloe ni. Baru aku dpt tangkap rasanya dia. Tapi kali ni aku minta diorg customize skit tuk aku. Aku bagitahu aku just nak Watermelon blended lepas tu white cream. Lychee Aloe aku tak add. Bila aku buat beberapa sedutan.. perghhh rasa lebih baik dari mula2 yang aku order. Rasa sweet sebenarnya dtg dari Lychee Aloe lepas tu white cream and last Watermelon. Rasa sweet yang kuat dtg dari Lychee Aloe sendiri. Watermelon dan white cream ada sweet gak tapi sikit. Then bila kedua-dua rasa Watermelon dan white cream yang berlemak tadi combine rasa segar dan sedap. Barula ada umphhh.. hihihihi👍. Tapi tetap tergigit biji-biji tuh Rupa-rupanya dtg dari Watermelon tu sendiri. Yang tu mmg tak boleh dielakkan sbb aku rasa diorg gunaWatermelon dari kotak yang dah diproses siap-siap dari kilang dan bukan starbuck menggunakan Original Watermelon. Bagi aku combination dua-dua ni buat aku nak order hari-hari.. mana tau lepas ni starbuck guna Original Watermelon plak... 



Sunday, June 23, 2019

Movie Animation Park Studi (MAPS), Ipoh Perak

Hi Guys,





Entry kali ni aku nak citer pasal MAPS (Movie Animation Park Studio) di Ipoh Perak bagi tahun 2019. MAPS ini dibukan pada tahun 2017, harga tiket mula-mula dijual adalah pada harga RM150. Mahal kan, tapi sejak MAPS hentikan kontrak dengan DreamWorks Animation. aku pun tak tahu sebab apa, kadar orang yang melawat MAPS ini betul-betul menjunam. Mana taknya tempat ni dulu dah macam Universal Studio lepas tu boleh jadi macam fun fair biasa jer.

Sekarang 2019, sapa-sapa nak masuk MAPS ni cuma free entry sahaja. Tapi makanan luar tidak dibenarkan bawak, Free entry, bila nak masuk atau main permainan kat dalam kena bayar. Okla camtu. Kebanyakkan permainan kat dalam ada yang ok ada plak yang rosak dan tunggu maintenance datang perbetulkan. Aku harap lepas ni kerajaan Negeri Perak buatla sesuatu dengan MAPS ini, sayang keadaan tak terurus sangat. Tempat ni bagus kalau dimajukan dengan betul.


Free Entry,

Tips: Kalau pergi siang, better korang bawak payung dan topi.. keadaan sana kurang berbumbung. Kalau pergi malam korang boleh santai jer.


Ok, ni price untuk masuk dan main permainan yang ada kat dalam MAPS. 1 kupon RM3. Ada yang perlukan 3 kupon ada yang 5 kupon. Bagi aku takdela mahal sangat kadar permainan dekat MAPS ni.

Kami time ni masuk pukul 9.30PM. MAPS tutup pukul 11.30PM. dalam masa sejam habis semua tempat kami jelajah. Masa masuk MAPS ni, kami amatla teruja, Next time kami plan nak pergi lagi sekali...







Ni Game dark ride, memerlukan 3 kupon = RM9. Okla, tapi ada station yang rosak. sepatutnya diorg bagi diskaun. yang mana station yang rosak ride mcm nothing.

Untuk permainan ini, cuma kanak-kanak sahaja dibenarkan masuk. Selain tu tidak hanya dibenarkan lihat diluar sahaja.

Basikal bermoto ni aku sewa RM15 untuk 15 minit. So korang boleh rent dan pusing satu MAPS sahaja. Luar MAPS tidak dibenarkan. hihihihihihi..







Rate keseluruhan MAPS bagi tahun 2019:-

Bayaran masuk : PERCUMA
Games: 5/10 (sebab ada yang dah rosak)






Addon White Coffee - Meru, Ipoh Perak

Hi Guys,

Kali ni entry aku pasal cafe yang terletak di Meru, lokasi betul2 tepi McDonald’s Meru.
Nama cafe tu adalah “Addon White Coffee”. Cafe ni lebih kurang nak buat sama macam
Paparich, georgetown white coffee atau Old Town White Coffee. Sebelum aku kesana, aku
Akan survey dulu kat Facebook atau mana2 entry org yg telah experiance bersama “addon
White Coffee”. Rata-rata comment yang positif dan lagi menyakinkan aku kesana.

Cafe ni bagi aku bersih dan selesa, makanannya berasaskan mee, kuew teow dan nasi.
Keistimewaan cafe ni, mee dan kue teow diorg buat sendiri. So takkan ada rasa kapur bila makan.
Menu tak berapa banyak sangat, maybe sebab masih baru kot. Service memang tip top, baru 5 minit
Order.. bertalu-talu makanan sampai. Maybe mungkin cafe tu tak bz. Layanan pekerja kat sana very very friendly. Aku rate 8/10. Rata-rata netizen yang kesana Semua kata service tip top. Harga makanan pun boleh dikatakan murah jugak. Konsep cafe ni Order Lepas tu terus bayar, lepas tu baru makanan korang sampai. Kat cafe ni setiap single makanan dan minuman yang korg order kena bayar, termasuk air suam.


Bagi aku takdela sedap mana pun cafe ni. Kalau nak bandingkan dengan Paparich aku bagi 3/10.
Menu makanan dan minuman tak banyak pilihan. Kalau yang sukakan mee tarik dan kue teow tarik
Bolehla try. Dibawah aku share menu makanan dan Minuman yang disediakan:-














 Dibawah adalah makanan dan minumam yang telah kami order:-

Dalam banyak-banyak menu, menu ni paling sedap. Perlu gaul semua tambah skit cili..memang maveles. :)

Ni starter, tapi masa ni tgh promosi aidilfitri. Harga dalam RM9.90. Bagi aku mahal la..takdela sedap mana pun. Nak kudap2 dengan family sambil tunggu makanan bolehla. Tapi aku suggest takyah ambik sbb dtg sekali ngan makanan korg. hahahahaha...

Ni Mi Tarik Udang, boleh dikatakan sedap jugak..cuma tak pedas jer. sesuai untuk anak-anak berusia 8 tahun keatas.


Aku oder ni, namanya sizling braised beef. daging yang lembut, kuahnya biasa-biasa jerla. faveret aku makan, tapi takdela teruja sgt.

Ni plak nasi goreng, tak pedas langsung..bolehla kalau yang ada anak kecil tu boleh order ni.

Ni bubble tea, air paling sedap kat cafe ni. Sapa-sapa yang makan kat sini mesti order air ni. Air ni blehla share 2 orang. Wajib order. yang ada kencing manis...digalakan minum air suam. hahahahahah

Disinigak ada menu nasi lemak, nasi yang kasar, kering, sambil biasa-biasa ajer.

Lepas makan apa salahnya, korg tolong kemas skit. yang mana ada kotor kat meja lap la skit. Bila kita mudahkan kerja orang, InsyaAllah tuhan akan permudahkan urusan kita. :)


Overall rating untuk Addon White Coffee - Meru, Ipoh Perak:-

Keseluruhan Rate :- 5/10
Parking : 5/10 - parking byk, Xde bumbung
Makanan : 5/10
Minuman : 5/10
Staff : 8/10 Staff